"kalau mahu dikecewakan, letaklah harapan pada manusia.."
kerana manusia hatinya tak tetap, keputusannya boleh berubah-ubah, mood nya berayun-ayun, lalu, memang sukar untuk setia pada satu pilihan dan jawapan. Tentu ada saja kalau-kalaunya, pasti kalau bukan sekarang, esok lusa mungkin juga tulat keputusannya berubah...tentu bukan semua begini, tapi ramai.
"sudah dikabarkan hatinya berbolak-balik. tapi kenapa masih bergantung harap?" -meletakkan Yang Satu itu nombor dua..ahh, nama pun nombor satu, kenapa mesti dipinda kebelakang? manusia, suka berbuat suka hati saja. manusia, itu aku. ak sedang monolog dalaman. bercakap tentang lemahnya diri, futur diri ak makin kejauhan. ditinggalkan jauh kebelakang dalam arus yang patutnya ak lari kedepan, kejar! bukan menonggok bak batu karang. "Sulit ya situasi ini... bila bermain dgn hati".
ak melihat, ak merasa terjatuh dalam kawah yang amat dalam, gelap tika ini..ada ketulan keras dalam diri. ketulan yang menentukan baik jahatnya aku. dan keras itu bersamaan dengan jahat, kan?
****************
tapi, yang pasti, ak manusia. lalu aku ingin meletak harapan pada diri sendiri, biar saja aku mungkin akan kecewa lagi. kecewa dengan diri sendiri kerana tidak memenuhi tuntutan rohani, menzalimi diri sendiri. tapi tetaplah tidak salah utk ak meletak harapan yang tinggi tapi logik lagi realistik! Ini harapan ak..one and only. Redha dan syurga Allah. Indeed, janjiNya benar. Lalu, kayu ukurnya mujahadah dan istiqamah!
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Az Zumar: 53
jgn. jgn putus asa!
No comments:
Post a Comment